Halaman

Klik Sini

Khamis, April 19, 2012

Perhatian Perokok Tegar!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Didoakan agar semua pembaca sihat wal afiat dan dilindungi Allah swt sentiasa. Sudah agak lama tidak menulis blog disebabkan sibuk dengan perkara-perkara yang agak penting. Di sini saya ingin kongsikan mengenai rokok. Semoga mendapat manfaat. Maklumat ini saya dapat dari akhbar Kosmo.

ROKOK ADA DARAH SEL BABI

KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok. Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi. Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.

Wasalam.

AdzuLiza
27 JamadilAwal 1433H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...