Halaman

Klik Sini

Jumaat, Mac 09, 2012

Ilmu Kesihatan 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Didoakan agar pembaca sihat wal afiat dan dilindungi Allah swt sentiasa. Entri kali ini mengenai kesihatan cara Rasulullah saw. Semoga mendapat manfaat.

Mari kita lihat dan tidak salah rasanya untuk kita cuba mengamalkan cara hidup yang sihat diamalkan oleh Rasulullah saw. Mencontohi nabi juga bukan sahaja secara sedikit-sedikit, ada yang dicontohi dan ada yang tidak. Paling banyak diguna pakai ialah bab perkahwinan, sering kali kita menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai contoh. Tapi bila bab lain, tak ikut pun.

Berikut adalah beberapa cara hidup sihat yang baginda amalkan.

1. Selalu bangun sebelum subuh.

Baginda mengajak umatnya untuk sebelum bangun subuh dan mengerjakan solat sunat, solat subuh secara berjemaah. Hikmahnya ialah mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta menajamkan akal fikiran.

2. Aktif menjaga kebersihan.

Baginda selalu mementingkan kebersihan dan rapi. Setiap khamis atau jumaat, baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. Ini tidak, ada sesetengah orang yang suka serabai dan tidak menjaga kebersihan.

3. Tidak makan berlebihan.

Yang ini amat penting sekali untuk bab menjaga kesihatan kerana dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk tiga benda, udara, air dan makanan. Kebaikan berpuasa yang diwajibkan untuk umat islam adalah untuk menyeimbangkan kesihatan, baginda juga selalu berpuasa sunat. Sabda Rasulullah s.a.w “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (sampai kenyang)”

4. Gemar berjalan kaki.

Baginda berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir liang roma terbuka dan peredaran darah menjadi lancar dan baik untuk mencegah penyakit jantung. Ini tidak, kita selalulanya akan berusaha untuk tidak berjalan kaki kerana nak mudah dan sebab itu kalau parkir kereta atau motor mesti nak dekat dengan tempat yang dituju.

5. Tidak pemarah.

Marah itu dari syaitan, segeralah mengambil wuduk dan solat 2 rakaat bagi mendapat ketenangan dan menghilangkan gundah hati. Kekuatan muslim bukan terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kekuatan dan kebersihan jiwa. Muslim yang baik juga adalah mereka yang mampu mengawal sifat marah kerana itu sebahagian dari cara hidup sihat Rasulullah saw.

6. Optimis dan tidak berputus asa.

Sikap optimis akan memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu memperbanyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

7. Tidak iri hati.

Cara hidup sihat rasulullah seterunya ialah menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, sikap iri hati perlu dihindarkan.

8. Pemaaf.

Sifat yang dituntut bagi mendapatan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain akan dapat membebaskan diri dari dibelenggu rasa bersalah. Apabila kita marah, sifat marah itu akan melekat dalam hati. Jadilah pemaaf untuk membersihkannya. Bahagia sebenarnya bukan mendapat, tetapi memberi.


Wasalam.

AdzuLiza
16 RabiulAkhir 1433H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...