Halaman

Klik Sini

Khamis, Mac 01, 2012

Ilmu Kewangan Peribadi 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Didoakan agar semua pembaca sihat wal afiat dan dilindungi Allah swt sentiasa. Berikut sambungan berkaitan dengan kewangan. Semoga mendapat manfaat.
Ramai yang tidak sedar mereka mengalami kegagalan dalam mengurus kewangan masing-masing.

Puncanya adalah dari kelemahan diri sendiri.  Kelemahan tersebut saya senaraikan untuk rujukan pembaca, manalah tahu kalau-kalau ada kaitannya dengan anda..

1. Suka sangat berhutang untuk perkara yang bukan keperluan dan kerap menggunakan kad kredit tanpa ada sebarang kawalan.

2. Menyertai pelaburan-pelaburan yang pelbagai tanpa membuat kaji selidik dengan lebih mendalam. Suka sangat nak ikut orang. Ramai yang terjerat dengan skim cepat kaya.

3. Masih ramai yang bertangguh dalam merancang dan mengurus kewangan kerana beranggapan ianya tidak penting. Tiada usaha dan tiada perancangan untuk menguruskan kewangan.

4. Gagal menyimpan wang. Sepatutnya walau apa cara sekalipun, sekurang-kurangnya anda mampu menyimpan sebanyak 10% daripada pendapatan anda setiap bulan TANPA GAGAL.

5. Tidak mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Lebih mudah jika anda mempunyai matlamat kewangan agar anda boleh merancang dan bertindak dari sekarang.

6. Tidak sedar inflasi mengurangkan kuasa beli pada masa hadapan. Jika Rm100 hari ini boleh membeli 10 barangan, dalam tempoh 5 tahun lagi mungkin anda hanya mampu membeli 7 barangan yang sama sahaja.

7. Menganggap diri lebih bijak dan tidak mahu menerima nasihat kewangan pakar. Akhirkan anda bakal berdepan dengan situasi melakukan kesilapan kewangan yang mudah dan terjerat dalam hutang.

Sebarang ulasan amatlah dialu-alukan.

Wasalam.

AdzuLiza
8 RabiulAkhir 1433H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...