Halaman

Klik Sini

Isnin, Mac 12, 2012

Ilmu Kewangan Peribadi 5

Assalamualaikum dan salm sejahtera.

Didoakan agar sihat wal afiat dan dilindungi Allah swt sentiasa. Berikut entri berkaitan dengan kewangan. Semoga mendapat manfaat.


Anak-anak adalah permata hati setiap ibu bapa. Kadang-kadang, anda terpaksa melayan kerenah anak-anak dengan menuruti kehendak mereka terutamanya apabila membeli barangan yang mereka inginkan.

Sekaligus menyebabkan bajet anda "lari" daripada apa yang telah dirancangkan.
Mungkin ilmu ini boleh membantu anda mendidik anak-anak anda mengenai ilmu pengurusan kewangan.

1. Anda mulakan ketika anak di usia muda lagi. Kanak-kanak akan tahu bahawa wang memang diperlukan untuk mendapatkan sesuatu barang yang diinginkan.

2. Jadilah contoh kepada anak anda. Amalkan tabiat berbelanja dengan cara yang berhemah dan hanya membeli perkara yang menjadi keperluan dan bukannya kehendak serta terapkan amalan ini kepada anak anda.

3. Cara yang terbaik untuk mengajar anak anda berdikari dalam menguruskan kewangan mereka sendiri ialah dengan memberikan elaun bulanan kepada mereka. Jika mereka mahu mendapatkan sesuatu barangan, nasihat dan sarankan kepada mereka agar menyimpan sehingga cukup untuk membeli barang tersebut.

4. Ibu bapa juga perlu mengajar mereka supaya membuat belanjawan atau bajet. Lihat corak perbelanjaan mereka sama ada mereka berbelanja melebihi elaun yang diberikan atau mempunyai lebihan. Jika mempunyai lebihan, maka ibu bapa perlu menyarankan agar baki tersebut disimpan dalam akaun simpanan yang berbentuk pelaburan seperti Tabung Haji atau ASB dan jika sebaliknya, Ibu bapa juga perlu mendidik mereka bagaimana berbelanja dengan berhemah.

5. Tunjukkan kepada anak-anak anda jumlah bil yang perlu dibayar setiap bulan. Melalui cara ini, mereka akan sedar bahawa pendapatan yang diperolehi bukan semata-mata untuk 'enjoy' tetapi sebaliknya untuk keperluan isi rumah.

6. Sewaktu membeli belah, ajar anak anda cara membandingkan harga dan kualiti barangan. Didiklah mereka mengenai jenis barangan keperluan dan barangan bukan keperluan. Selain itu, tunjukkan kepada mereka bahawa anda hanya membeli barang yang telah disenaraikan sahaja.

7. Buka akaun simpanan untuk mereka. Didik mereka untuk menyimpan di dalam tabung khas. Bawa anak anda ke bank setiap kali anda mahu menyimpan wang tersebut ke dalam akaun simpanan mereka. Mereka tentu seronok melihat wang mereka bertambah.

Mungkin 7 tip di atas dianggap remeh. Tetapi percayalah bahawa melalui pendekatan ini, anak anda akan menjadi lebih arif mengenai pengurusan kewangan.

Wasalam.

AdzuLiza
19 RabiulAkhir 1433H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...