Halaman

Klik Sini

Rabu, Mac 14, 2012

Ilmu Kewangan Peribadi 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya mendoakan agar anda semua sihat wal afiat dan dilindungi Allah swt sentiasa. Maklumat ini saya perolehi dari blog terra-nusa. Semoga mendapat manfaat.



1] (Lama) Pergi Ke Sekolah Dan Dapatkan Kerja Yang Bagus.

(Baru) Perlu pendidikan kewangan untuk tingkatkan IQ kewangan kita selain pendidikan konvensional akademik (menulis, membaca, mengira dan sebagainya) dan pendidikan professional (doktor, peguam).

2] (Lama) Kerja Keras Untuk Jana Lebih Banyak Wang.

(Baru)  Galakkan anak kita agar jadi entrepreneur (kuadrant E) atau pelabur (kuadrant I) bukan makan gaji kerana pekerja sebenarnya dikenakan cukai yang paling tinggi.

3 Jenis pendapatan
 i.Pendapatan Penggajian / perniagaan (earned income) Paling teruk kerana dikenakan cukai paling tinggi, penggajian sehingga 27% dan perniagaan 20%
ii.Pendapatan Portfolio
Contohnya keuntungan modal dari saham atau hartanah. Dikenakan cukai lebih rendah seperti pada masa ini RPGT maksima 10%
iii. Pendapatan Pasif
Pendapatan yang diterima secara pasif tanpa perlu bekerja seperti royalti dari penulisan buku, penggubahan lagu atau sewaan hartanah.
Peraturan kewangan baru mencadangkan agar kita jana pendapatan portfolio dan pendapatan pasif. Tidak perlu bekerja keras sebagai pekerja untuk dapatkan pendapatan dari penggajian. Tidak boleh kita nafikan yang kita memang perlu bekerja keras tetapi  kita kena bekerja keras untuk jana pendapatan portfolio dan pendapatan pasif.

3] (Lama) Simpan Wang.

(Baru) Jangan simpan wang tapi  "hedge" wang kita kerana "Savers Are Losers". Simpan wang adalah idea yang lapuk kerana duit sekarang hanyalah matawang yang tiada nilai sebenar kerana ia akan jatuh disebabkan inflasi. "Bank Negara" di seluruh dunia boleh cetak wang sesuka hati. Jadi kita perlu 'hedge' untuk elakkan kerugian. Kita disarankan untuk labur dalam komoditi seperti emas dan perak.

4] (Lama) Beli Rumah.

(Baru)  Perlu kenal pasti dahulu sama ada rumah itu satu aset atau satu liabiliti. Kita perlu pastikan aliran tunai, jika ia menjana pendapatan ia adalah aset tetapi jika ia tidak menjana pendapatan maka ia adalah liabiliti. Rumah yang kita diami adalah liabiliti sementara rumah yang kita sewakan adalah aset. Aset masukkan wang kedalam poket kita sementara liabiliti paksa kita keluarkan wang dari poket kita.

5] (Lama) Jangan Berhutang.

(Baru)  Perlu faham konsep 'Hutang Bagus dan Hutang Tak Bagus'. Ramai orang yang mengalami masalah kerana mereka ambil 'hutang tak bagus' seperti hutang kad kredit yang tak terkawal. Pinjam wang atau berhutang untuk beli rumah yang menjana aliran tunai positif adalah satu perkara yang baik. Kita gunakan wang bank untuk beli rumah, pinjaman dibayar oleh penyewa dan akhirnya rumah itu menjadi kepunyaan kita, secara "percuma".
            
6] (Lama) Labur Untuk Jangkamasa Panjang.
Kebanyakan orang akan labur dalam unit amanah atau ‘mutual fund’.
(Baru) Beli rumah, ambil pinjaman jangka panjang, 'jual sementara' kepada penyewa dan akhirnya perolehi rumah itu secara percuma. Jangan labur dalam unit amanah atau mutual fund kerana mereka tidak keluarkan wang (0%), buat keuntungan dari caj perkhidmatan dan akan terima lebih banyak keuntungan ( >80%) berbanding kita  ( <20%) yang keluarkan  wang, labur dan tanggung 100% risiko.

7] (Lama) Pelbagai (Diversify).

Warrent Buffet, pelabur yang sangat berjaya, tidak diversify jadi kenapa kita diversify? Broker saham contohnya suruh kita diversify kerana mereka sendiri sebenarnya 'broke' dan tak tahu saham / unit amanah / hartanah yang mana lebih baik untuk dibeli yang boleh beri keuntungan tinggi.
(Baru) F.O.C.U.S = Follow One Course Until Success
Diversify baik untuk orang biasa, jika hendak berjaya kita perlu FOCUS dan Di-Worse-ify.

Wasalam.

AdzuLiza
21 RabiulAkhir 1433

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...