Halaman

Klik Sini

Khamis, Mac 22, 2012

Pasaran kerja dijangka lembab



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Didoakan agar pembaca sihat wal afiat dan dilindungi Allah swt sentiasa. Berikut tajuk utama Utusan hari ini.
KUALA LUMPUR 21 Mac - Prospek pasaran pekerja pada tahun ini dijangka lembap berikutan aktiviti ekonomi yang dijangka lebih perlahan. Menurut Laporan Tahunan 2011, kadar pengangguran tahun ini dijangka meningkat kepada 3.2 peratus berbanding tahun lalu iaitu 3.1 peratus.

Kewujudan peluang pekerjaan akan lebih tertumpu kepada sektor dalam negara seperti perkhidmatan dan pembinaan kerana permintaannya dijangka kekal kukuh. Bagaimanapun guna tenaga dalam sektor berorientasikan eksport mungkin terjejas akibat permintaan luar yang semakin lemah.

Pertumbuhan ekonomi tahun ini yang dijangka samar akan memberi kesan kepada keputusan firma terhadap kenaikan gaji dan pembayaran bonus. Bagaimanapun, dasar gaji minimum yang akan dilaksanakan tahun ini sedikit sebanyak dapat membantu pekerja yang berpendapatan rendah , sementara Sistem Saraan Malaysia yang diperkenalkan akan membantu pendapatan sektor awam.

Pendapat saya: Pada masa sekarang dilihat sebagai zaman ada kabel atau tidak. Kalau tiada kabel jangan haraplah nak dapat kerja yang diidamkan walaupun kita ada segenggam Ijazah dengan CGPA 3.5 ke atas. Graduan sekarang pun banyak songehnya sebab terlalu memilih kerja sehinggakan rela duduk sahaja di rumah ibubapa kerana alasannya belum mendapat kerja yang sesuai. Pendapat anda bagaimana?

Wasalam.

AdzuLiza
29 RabiulAkhir 1433H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...