Halaman

Klik Sini

Jumaat, Mac 09, 2012

Ilmu Kewangan Peribadi 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Didoakan agar pembaca sihat wal afiat dan dilindungi Allah swt sentiasa. Berikut ilmu mengenai kewangan peribadi. semoga mendapat manfaat.

Saya ada satu soalan untuk anda. Bagaimana dan di mana tahap kewangan anda sekarang? dan soalan yang seterusnya, pernahkah anda mengkaji status kedudukan kewangan anda?

Di sini saya senaraikan 4 tahap kedudukan kewangan. Anda semua boleh nilai sendiri dan cuba bandingkan dengan kedudukan kewangan anda.

1. Kewangan Yang Tidak Selamat

Anda langsung tidak mempunyai simpanan atau dana kecemasan, jika ada pun mungkin hanya cukup untuk menyara hidup anda selama sebulan sahaja. Bertambah parah apabila anda tiba-tiba hilang pekerjaan atau keadaan anda yang tidak mengizinkan anda terus bekerja. Kehidupan anda umpama kais pagi makan pagi dan kais petang, makan petang.

2. Kewangan Yang Selamat

Anda mempunyai simpanan atau dana kecemasan yang mampu menyara hidup anda dan keluarga selama 6 bulan walaupun tidak bekerja. Tempoh 6 bulan ini selalunya merupakan jangka  waktu yang sesuai untuk anda mencari pekerjaan  baru atau membuka perniagaan.

3. Kebebasan Kewangan

Anda mempunyai aliran tunai pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda dan keluarga walaupun tidak berkerja. Hanya bergantung dengan pendapatan pasif yang telah dijana terlebih dahulu. Tajuk Ini saya akan tulis pada masa yang lain. Pada ketika ini, anda bebas menentukan sama ada hendak bekerja ataupun tidak.

4. Tahap Selesa - Kaya

Mempunyai wang yang cukup banyak sehingga tidak tahu apa yang hendak dibelanjakan lagi. Pendek kata, belanjalah sebanyak mana pun, wang tetap tidak akan habis. Ini memang tidak akan memeningkan kepala anda dan cuma perlu tahu bagaimana untuk menguruskan agar duit akan terus berkembang dan membiak.

Di antara keempat-empat tahap kewangan yang saya nyatakan di atas, dimana tahap kewangan anda?

Jika masih di tahap 1, tanamkan azam dan cita-cita untuk mencapai sekurang-kurangnya tahap 3 iaitu Kebebasan Kewangan.

Wasalam.

AdzuLiza
16 RabiulAkhir 1433H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...