Halaman

Klik Sini

Isnin, Februari 27, 2012

Ilmu Berhutang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya mendoakan agar pembaca sihat wal afiat dan dilindungi Allah swt sentiasa. Berikut entri yang berkaitan dengan hutang. Semoga mendapat manfaat.

Anda tidak mahu berhutang? Mungkin tips pada kali ini akan dapat membantu.

1. Jika anda mempunyai simpanan tunai yang banyak, jangan sesekali untuk membeli barangan secara ansuran atau ezy payment yang mempunyai kadar faedah. Kadar faedah lebih tinggi dan pastinya anda terpaksa membayar lebih banyak duit berbanding membeli secara tunai.

2. Jangan suka-suka berhutang kepada perkara yang remeh. Kadang-kadang suka sangat berhutang dengan kawan-kawan. Akibatnya, hutang semakin banyak dan tidak terbayar. Kawan lari dan musuh datang.

3. Jika ingin sesuatu barang, jadikan hutang sebagai pilihan terakhir. Jika terpaksa, pilih hutang yang kadar faedahnya lebih rendah dan fleksibel.

4. Pertimbangkan semula bayaran bulanan sama ada anda mampu atau tidak membayar ansurannya. Jangan sampai tergadai rumah, kereta dan harta benda apabila anda tidak mampu membayar hutang. Tangguhkan pengambilan hutang jika perlu.

5. Jangan memiliki kad kredit sekiranya anda seorang yang boros dan kewangan anda kucar-kacir. Kad kredit memang tidak sesuai untuk anda.

6. Beli barangan secara tunai. Jangan beli secara serentak jika tidak mampu. Berbelanja ikut tahap kemampuan tunai anda sahaja.

7. Jika anda mengimpikan sesuatu barang, cuba sediakan tabungan khas untuk tujuan tersebut. Apabila cukup wang satu hari nanti, barulah anda membeli barangan tersebut.

Hutang bukan satu pilihan kerana paling tidak pun, anda pasti akan berhutang juga seperti rumah dan kereta yang merupakan hutang TERBESAR bagi rakyat Malaysia.

Pengajarannya disini, rancanglah kewangan anda dengan bijak dan sebaik-baiknya elakkan dari berhutang tak tentu arah.

Wasalam.

AdzuLiza
5 RabiulAkhir 1433H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...