Halaman

Klik Sini

Sabtu, Februari 25, 2012

Ilmu Jimat Duit 2

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya mendoakan agar semua pembaca sihat wal afiat dan dilindungi Allah swt sentiasa.
Entri kali ini adalah sambungan yang lepas mengenai tajuk..

"Tip Jimat Belanja Dapur"

Baik. Saya teruskan dengan tips tersebut.
11. Sebelum membeli sesuatu barang, pastikan anda melihat tarikh luput terlebih dahulu.

12. Rajin-rajin buat survey atau bandingkan harga dengan kedai-kedai yang lain. Anda juga boleh semak harga barangan di laman web KPDNKK supaya tidak tertipu dengan harga yang diletakkan oleh penjual.

13. Beli hanya barang yang telah disenaraikan. Jangan beli barang yang diluar daripada senarai. Jika mahu, masukkan ke dalam senarai bulan hadapan atau pertimbangkan semula sama ada barang tersebut perlu atau tidak.

14. Pastikan anda makan terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Makan di luar akan menyebabkan bajet anda akan lari..

15. Jangan bawa anak semasa membeli belah. Jika tidak, anak-anaklah yang selalu menyebabkan bajet
anda lari. Itu pun kalau bolehlah.

16. Sesetengah pasaraya ada memberikan kupon atau baucer untuk membeli belah di pasaraya tersebut. Gunakan kupon atau baucer tersebut untuk dapatkan diskaun dan penjimatan.

17. Beli barang sewaktu jualan murah. Beli barang murah sewaktu jualan murah. Pastinya lebih murah dan lebih jimat.

18. Semak resit belian anda sama ada anda terlebih bayar atau tersalah kira harga barangan.

19. Jangan mudah terpedaya dengan produk baru atau produk yang diperbaharui semula. Ingat, beli untuk keperluan sahaja.

20. Jika anda rajin, belilah barang di pasaraya borong seperti TESCO, MYDIN dan ECONSAVE. Harganya biasanya lebih murah berbanding di kedai runcit.

Semoga anda dapat mengamalkannya. Duit yang anda jimat tu boleh disimpan untuk tujuan pelaburan yang memberi kita lebih banyak duit. Semoga mendapat manfaat.

Wasalam.

AdzuLiza
3 RabiulAkhir 1433H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...