Halaman

Klik Sini

Rabu, Februari 15, 2012

Ilmu Murah Rezeki dan Kaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Didoakan agar pembaca semua sihat wal afiat dan dilindungi Allah sentiasa. Berikut saya ingin kongsikan mengenai tip murah rezeki dan kaya. Tetapi ingin saya mengingatkan pada anda semua yang rezeki Allah swt amat luas dan bukan hanya berpaksikan kepada duit atau wang semata-mata tetapi mungkin berkaitan dengan mendapat kesihatan yang baik, ketenangan hidup, mendapat anak yang soleh dan solehah, dan bermacam-macam lagi.


Tip yang pertama ialah memberi sedikit duit gaji kita kepada ibu bapa walaupun kedua mereka kaya raya. Sudah menjadi tanggungjawab sebenarnya kepada kita sebagai membalas budi baik kedua ibu bapa kita yang telah membesarkan kita dari mula mengandungkan sehinggalah kita sudah bekerja dan berjaya. Janganlah kita tidak mengingati mereka kerana beranggapan kita sudah besar. Untuk memberi berapa banyak kepada kedua ibu bapa kita terpulanglah pada anda sebenarnya asalkan kita tidak pula mengabaikan keperluan keluarga kita sendiri.

Yang keduanya, saling bantu-membantulah di antara kaum kerabat sendiri yang mungkin dalam kesusahan kerana adalah lebih baik kita membantu mereka daripada mendahulukan orang lain. Mungkin ada adik-beradik kita dalam kesusahan atau saudara-mara yang memohon pertolongan maka bantulah mereka dengan sekadar yang termampu.

Tip yang ketiga ialah janganlah kedekut utuk memberikan sedekah kepada orang yang memerlukan seperti kepada anak-anak yatim, orang yang meminta sedekah dan orang miskin kerana dengan apa yang kita lakukan dengan ikhlas kerana Alla swt, kita akan terima ganjaran dan pahala untuk dijadikan saham akhirat. Ini adalah janji Allah swt.

Surah Al- Baqarah: Ayat 215

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

 Semoga artikel dapat memberi manfaat kepada kalian.

AdzuLiza
22 RabiulAwal 1433H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...