Halaman

Klik Sini

Ahad, Februari 12, 2012

Ilmu Kewangan Peribadi 2

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Didoakan agar pembaca semua sihat wal afiat dan dilindungi Allah swt sentiasa.

Berikut sambungan dari entri pertama;

Tabung Pelaburan

Tabung ini perlu diwujudkan untuk memastikan kita mempunyai keadaan kewangan kukuh di masa hadapan. Mungkin para pembaca mahu memulakan bisnes atau apa jenis pelaburan yang sesuai memandangkan keadaan ekonomi masa kini tidak menentu. Berapa peratuskah yang ingin disimpan dalam tabung ini? Ia sebenarnya terpulang kepada anda semua yang menentukannya. Jika anda membuat sasaran untuk mempunyai keadaan kewangan kukuh dalam masa 10 tahun, maka anda mesti membuat kira-kira berapakah yang patut di simpan.

Tetapi sebelum itu, anda wajib menuntut ilmu terlebih dahulu sebelum memulakan apa jua bidang pelaburan atau perniagaan. Bukan apa, dirisaukan apa yang akan anda buat nanti mengalami kerugian. Jadi dengan itu, pembaca mesti membuat pelaburan dalam ilmu terlebih dahulu. Mutakhir ini, terdapat banyak seminar dan kursus yang berkaitan dengan bidang pelaburan yang ingin anda sertai. Para pembaca juga boleh link blog ilmu disebelah catatan saya ini. Terdapat banyak ilmu yang boleh diperolehi di sana.

Selepas pembaca membuat pelaburan dalam ilmu, barulah boleh memulakan pelaburan atau perniagaan yang anda minati. Ilmu kewangan peribadi yang seterusnya ialah;

Tabung diri sendiri

Tabung ini juga perlu diwujudkan untuk menghargai diri sendiri. Yelah, kita sudah berpenat lelah, bersusah patah mencari rezeki maka perlulah juga menghargai diri sendiri. Tabung ini mungkin anda perlukan untuk melancong mencari ketenangan ke, membeli gajet-gajet terkini atau apa-apa sahaja. Cadangan saya jika pembaca ingin membeli gajet-gajet terkini ialah menangguhkan terlebih dahulu membelinya kerana harga-harga setiap gajet ini akan turun dengan drastik sekali selepas beberapa bulan dilancarkan dan ianya akan merugikankan. Dan 1 satu lagi nasihat saya, janganlah sentiasa bertukar-tukar gajet tersebut hanya kerana nak mengikut trend terkini tetapi pembaca memang mempunyai duit yang banyak lainlah ye. Ingat ye yang gajet tersebut adalah keperluan bukannya kehendak. Bab ini saya akan nukilkan dalam entri lain nanti.

bersambung kemudian ya.

Wasalam.

AdzuLiza
19 RabiulAwal 1433H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...