Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya mendoakan agar pembaca sihat wal afiat dan dilindungi Allah swt sentiasa.
7. Cuci pakaian dengan muatan yang sesuai. Keringkan pakaian pada tahap sederhana sahaja sekiranya cuaca panas terik.
8. Penggunaan warna cat dinding yang cerah akan memantulkan banyak cahaya dan ini boleh mengurangkan penggunaan lampu pada waktu siang.
9. Tukar peralatan elektrik yang telah melebihi 10 hingga 15 tahun. Beli barangan elektrik yang mesra alam dan jimat tenaga.
10. Televisyen dan komputer menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Jadi, cabut palamnya daripada soket untuk mengurangkan aliran keluar tenaga jika tidak menggunakan televisyen dan komputer.
11. Matikan semua bekalan elektrik sekiranya anda meninggalkan rumah untuk jangka waktu yang panjang.
12. Pastikan sistem pendawaian di rumah anda selamat dan tidak membahayakan. Buat semakan secara berkala bagi mengelakkan berlakunya lintar pintas dan bebanan elektrik.
Wasalam.
AdzuLiza
7 RabiulAkhir 1433H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan