Halaman

Klik Sini

Sabtu, Februari 04, 2012

Nak Duit Mesti buat D.U.I.T

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Didoakan agar pembaca semua sihat wal afiat dan dilindungi Allah SWT sentiasa.

Begitulah tajuk yang saya ingin kongsikan mengenai DUIT ini. Tajuk ini sudah ada dibincangkan di mana-mana sahaja tapi saya cuma yang mengingatkan kembali sebab sememangnya fitrah manusia mudah lupa. Jadi yang pertama mengenai D.U.I.T ialah;

DOA

Sebagai seorang muslim, kita mesti berdoa terlebih dahulu dengan tuhan kita iaitu Allah swt kerana hanya Dialah sahaja yang memberi rezeki kepada semua manusia. Bukan manusia yang memberi tetapi Allah swt yang memberi rezeki. Ingat tu. Jangan asyik berfikir yang manusia sahaja yang memberi rezeki. Jadi bila berbicara mengenai doa, sudah semestinya ia akan melibatkan solat fardu 5 kali sehari semalam. Jika kita hanya berdoa tetapi tidak bersolat, memang duit atau rezeki tidak akan hadir dengan banyaknya. Kena ingat juga bahawa apabila kita mati nanti, perkara yang pertama yang akan ditanya oleh Allah swt nanti ialah solat. Bab solat ini saya akan tulis kemudian mengenai asal-usulnya dan mengapa kita kena bersolat. Berdoalah kepada Allah mengenai perkara yang kita mahukan dunia dan akhirat akan tetapi suka saya mengingatkan diri saya dan juga pembaca lain bahawa kehidupan dunia ini hanyalah sementara dan kita mestilah berdoa semata-mata hanya kerana Allah swt ok. Kehidupan abadi kita nanti ialah di akhirat iaitu Syurga, jadi kita sentiasalah berusaha ke arah itu. InsyaAllah Allah swt akan memperkenankan doa kita.

Oklah, saya akan sambung kembali penulisan mengenai D.U.I.T.

Wasalam.

AdzuLiza
11 RabiulAwal 1433H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...