Halaman

Klik Sini

Isnin, Februari 06, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Didoakan agar pembaca semua sihat wal-afiat dan dilindungi Allah swt sentiasa.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1433H buat semua. Sesungguhnya Rasulullah saw adalah sebaik-baik ikutan yang telah Allah turunkan sebagai Pesuruh-Nya untuk memberi rahmat kepada seluruh umat manusia di dunia dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka.

Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi. Kita akan membincangkan secara terperinci bagaimana kita mesti mencontohi Baginda saw sebagai teladan yang terbaik.

Rasulullah saw telah diputerakan pada hari ke-12 RabiulAwal Tahun Gajah. Nama penuh Baginda ialah Muhammad Bin Abdullah. Namun di sini kita bukanlah semata-mata nak membincangkan mengenai hari keputeraan Baginda Rasulullah saw tetapi sifat-sifat Baginda yang mesti diikuti oleh setiap orang Islam. Yang pertama ialah;

Siddiq

Siddiq membawa maksud benar atau berlaku jujur dalam apa jua perkara sama ada dari segi tutur kata, perlakuan dan tingkah laku. Ini bukanlah untuk diri sendiri sahaja tetapi dalam apa jua bidang.

Amanah

Amanah pula membawa maksud bertanggungjawab dengan segala yang perkara yang dipertanggungjawabkan. Tidak kira anda sebagai apa pun, kita mesti mempunyai sifat amanah.

Tabligh

Tabligh pula bermakna menyampaikan. Kita sebagai khalifah di muka bumi seharusnya mempunyai sifat ini dalam meyampaikan segala perkara yang berkaitan dengan kebaikan kepada seluruh manusia. Ini kerana sifat manusia yang selalu pelupa.

Fathonah

Sifat yang terakhir ialah Fathonah. Ia membawa maksud bijaksana, pandai dan kecerdikan. Sifat ini juga perlu diterapkan kepada semua orang Islam kerana dengan adanya kebijaksanaan atau ilmu, kita akan berjaya di dunia dan di akhirat tidak kiralah dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Janganlah kita menjadi bodoh sombong di mana nanti kita akan sentiasa ditindas kerana tidak mempunyai ilmu.

Berikut adalah sifat-sifat yang wajar kita contohi kerana saya suka mengingatkan diri saya sendiri dan juga sesama pembaca semua di mana setiap perlakuan kita akan diperhatikan dan dinilai oleh Allah swt.



(kredit gambar dari Hadzrin.com)

Wasalam.

AdzuLiza
13 RabiulAwal 1433H.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...