Halaman

Klik Sini

Jumaat, Februari 24, 2012

Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia(RMR1M)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Didoakan agar sihat wal afiat dan dilindungi Allah swt sentiasa. Berita baik untuk isi rumah yang berpendapatan RM3000 ke bawah. Banyak berita baik yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia sejak akhir-akhir ini. Alhamdulillah. Lepas ini mesti ada lagi. Bersama kita nantikannya. Berikut entri berita tersebut;



ALOR GAJAH 24 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) dan kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini. Perdana Menteri berkata, beliau juga menetapkan supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M tahun ini.

Program perumahan itu katanya, membolehkan rakyat memiliki rumah berkualiti dan selesa serta kehidupan lebih bahagia. "Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi ”Industrialised Building System” (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa melibatkan sebarang tambahan kos kepada pemohon,” katanya ketika melancarkan lapan model baru RMR1M di Durian Tunggal sempena lawatan sehari beliau ke Melaka hari ini.

Najib menarik perhatian bahawa, program itu kini dikenali sebagai RMR1M bertujuan membudayakan semangat 1Malaysia dalam kalangan penghuninya. - BERNAMA

Wasalam.

AdzuLiza
2 RabiulAkhir 1433H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...