Halaman

Klik Sini

Selasa, Februari 28, 2012

Ilmu Jimat Elektrik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Didoakan agar anda semua sihat wal afiat dan dilindungi Allah swt sentiasa.

Saya amat berharap agar pembaca semua dapat mempraktikkan apa jua ilmu yang dikongsikan di sini dan semoga mendapat manfaat. Tajuk kali ini adalah berkaitan dengan jimat eletrik.


Tidak dinafikan, penggunaan elektrik pada hari ini merupakan keperluan penting di dalam menguruskan kehidupan seharian.

Namun, jika penggunaan elektrik terlampau berlebih-lebihan, ia sudah menjadi pembaziran tenaga dan
pembaziran wang kocek kita.

Ikuti tip-tip penjimatan elektrik dibawah:

1. Bersihkan penghawa dingin anda secara berkala sekurang-kurangnya 3 bulan sekali dan tentukan saiz penghawa dingin sesuai dengan keluasan ruang tersebut.

2. Tutup lampu dan kipas jika tidak digunkan. Banyakkan menanam pokok-pokok teduhan untuk mengurangkan bahang kepanasan di dalam rumah.

3. Jangan penuhkan peti sejuk anda dengan makanan sehingga melebihi kapasiti yang ditetapkan dan yang masih panas. Jika tidak, udara sejuk sukar untuk mengalir bebas dan menyebabkan penggunaan tenaga yang berlebihan kerana untuk menyejukkan makanan tersebut.

4. Jika cuaca tidak panas, gunakan kipas sahaja dan elakkan dari menggunakan penghawa dingin.

5. Tutup periuk atau kuali ketika memasak bagi mengurangkan masa memasak. Atau dalam erti kata lain, masa memasak anda lebih cepat.

6. Gunakan pemanas air sewaktu mandi dalam keadaan tertentu sahaja seperti hawa yang terlalu sejuk. Lebih baik gunakan shower kerana ia lebih jimat berbanding berendam dalam tab mandi.

Bersambung.

Sebarang pendapat amatlah dialu-alukan.

Wasalam.

AdzuLiza
5 RabiulAkhir 1433H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...