Halaman

Klik Sini

Sabtu, Februari 11, 2012

Ilmu Kewangan Peribadi



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya doakan agar semua pembaca sihat wal afiat dan dilindungi Allah swt sentiasa.

Adakah anda semua sudah menguruskan kewangan diri sendiri? Apakah matlamat kewangan anda? Jika sudah Alhamdulillah kerana anda tergolong dalam orang-orang berjaya dan kalau tidak lagi, masih belum terlambat lagi untuk kita melakukannya. Berikut terdapat beberapa ilmu yang ingin saya kongsikan dan amat berharap agar pembaca semua dapat mempraktikkannya.

Sediakan Tabung Kecemasan.

Saya amat menyarankan kepada pembaca agar mempunyai satu tabung kecemasan untuk tujuan kecemasan sahaja. Tujuannya adalah hati kita sentiasa tenang apabila berlaku kecemasan dan kita tidak menjadi kelam kabut apabila berlakunya sesuatu kecemasan. Ini kerana langit tidak selalu cerah. Mungkin kita akan diberhentikan kerja disebabkan kegawatan ekonomi walaupun kita seorang pekerja yang cemerlang. Mungkin juga tiba-tiba kenderaan kita rosak dan tidak berfungsi, mungkin juga kita terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kita tidak boleh bekerja untuk seketika waktu atau untuk tempoh yang lama dan bermacam-macam lagi kecemasan yang diduga kerana segala ketentuan hidup ini ditentukan oleh Allah swt.

Anda perlu membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Berapa banyak yang perlu anda simpan? Terdapat pelbagai pendapat mengenai tabung kecemasan ini. Ia sebenarnya bergantung kepada kita sendiri berapa banyak untuk menentukannya, mengikut kesesuaian masing-masing tetapi cadangan saya ialah yang paling minimum iaitu 3 bulan dan selepas itu meningkat sedikit demi sedikit ke beberapa bulan untuk anda mencapai matlamat kewangan anda. Mengenai matlamat kewangan ini, saya akan tulis kemudian. Jika gaji kasar anda RM1000, maka anda perlu menyimpan sebanyak RM3000 dan jumlah ini perlu diletakkan di tempat yang susah untuk dikeluarkan seperti yang tiada kad atm. Tempat yang sesuai mungkin di Tabung Haji atau di ASB. Terpulang kepada anda tetapi ingat tau, duit ini untuk kecemasan sahaja, bukan untuk anda membeli perkara yang tidak berkaitan seperti telefon bimbit atau gajet-gajet terkini. Yang ini kita perlu sediakan pula tabung yang lain.

Untuk membuat simpanan tabung kecemasan ini, anda perlu mengasingkan sebanyak 10% sekurang-kurangnya dan kalau boleh lagi banyak lagi bagus untuk mencukupkan 3 bulan gaji tersebut. Setelah berjaya mengumpulkan jumlah tersebut dan anda masih untuk meneruskannya kerana untuk mencapai matlamat kewangan anda, saya amat menyokong tindakan tersebut. Jalan untuk mengapai impian anda semakin hampir. Ingin saya tegaskan di sini, kita perlu tahu bahawa simpanan adalah simpanan. Simpanan bukan perlindungan dan juga pelaburan.

Bersambung.

AdzuLiza
18 RabiulAwal 1433H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...