Halaman

Klik Sini

Selasa, Februari 14, 2012

Jalan Sebenar Bebas Kewangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Didoakan agar pembaca semua sihat wal afiat dan dilindungi Allah swt sentiasa. Artikel ini di ambil dari laman sesawang mohdzulkifli.com. Semoga pembaca semua mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.




Saya tulis artikel ni sebab saya nampak ramai orang terbuang masa cari jalan "kebebasan kewangan". Luang waktu 5 minit, baca artikel ini. Saya tunjukkan sahabat semua jalan sebenar untuk bebas kewangan, hasil pencarian saya selama 5 tahun, dan belajar sendiri dari orang yang telahpun 20 tahun bebas kewangan” - Zul

Baru lepas terbaca satu tulisan ex-classmate saya di Majalah Niaga, bertajuk "Bebaskan Diri Mu!". Dah lama nak share pasal tajuk bebas kewangan ni, tapi tak sempat-sempat. Oklah, just nak share pasal tajuk ni. Kita dok sibuk kerja siang malam cari duit tapi sebenarnya ramai orang tak tahu berapa banyak duit yang dia nak. Dia cuma fikir nak duit banyak jer, tapi tak tahu berapa banyak sebenarnya.

Kekayaan Tanpa Had

Bagi orang yang celik kewangan, mereka bekerja ke arah bebas kewangan. Bebas kewangan bukan gaji besar, bukan duit banyak, tapi maksudnya kita ada aliran tunai masuk yang tetap tanpa perlu bekerja. Contoh mudah ialah ada 5 buah rumah sewa. Katakanlah sebuah rumah sewa boleh dapat RM1,000 sebulan, maksudnya, dengan 5 rumah sewa, kita dapat income RM5,000 tanpa perlu bekerja. Besar ker RM5,000 sebulan? Tak besar tapi bagi orang yang celik kewangan, mereka anggap RM5,000 passive income jauh lebih besar daripada gaji bulanan (active income) RM50,000 sebulan.


Kata David Lee, rakan bisnes kami yang juga seorang Certified Financial Planner berpengalaman katanya "passive income RM1,000 sebulan lebih baik dari gaji bulanan (active income) RM10,000". Kenapa macam tu? Sebabnya, kalau kita hilang upaya untuk bekerja, RM1,000 sebulan tu tetap masuk ke akaun kita. Tapi RM10,000 sebulan tu akan jadi RM0 sebulan bila kita hilang upaya.

Jalan Sebenar Bebas Kewangan

Apakah caranya nak dapat passive income? Di bawah ni, saya dedahkan rahsia orang kaya-kaya dapat passive income sekaligus mendapat kebebasan kewangan yang boleh dilakukan oleh orang biasa, kalau mereka sanggup berusaha.

Cara #1: PELABUR BESAR

Buat bisnes, cari duit banyak-banyak, laburkan ditempat yang betul. Strategi ni adalah strategi konvensional yang banyak diamalkan oleh jutawan-jutawan senyap. Strategi ni perlu benar-benar tahu berjimat cermat. Bukannya dapat hasil, terus tukar kereta besar!

Untuk dapat income RM5,000 sebulan tanpa perlu bekerja, kita kena ada dana at least RM1,200,000. Dengan melaburkan duit tu ditempat yang boleh bagi pulangan 5% setahun, maka dapatlah RM5,000 sebulan! Sebab tu kami target nak kumpul dana sampai RM1.2 juta.

Cara #2: BISNES BERSISTEM

Buat bisnes dari kecil, kembangkan, membesar, membesar sampai ada SISTEM perniagaan yang kukuh tanpa perlu lagi kita ada di situ untuk pastikan bisnes berjalan. Contohnya macam syarikat Gaint, Tesco, dan syarikat-syarikat besar yang lain. Gaint 10 tahun yang lalu tak lah se-Giant hari ni, betul tak?

Masa pergi bershopping hujung minggu di Giant, pernah tak nampak taukey Giant? Dan soalan lagi best, kenal tak siapa taykey Giant? Itulah dia bisnes yang ada SISTEM yang kukuh, dan taukeynya yang ada passive income. Bisnes berjalan tanpa perlu dia ada bersama.

Soalan seterusnya, kenal tak siapa taukey kedai runcit dekat rumah kita tu? Mesti kenal betul tak? Kalau tak kenal, senang jer. Cuba tengok siapa yang jaga cash box bila nak bayar tu. Itulah dia taukey atau keluarga taukey kedai runcit. Bisnes mereka cuma berjalan lancar hanya bila dia ada bersama.

Cara #3: BISNES FRANCAIS

Bina bisnes francais sendiri, atau dapatkan lesen francais yang mempunyai sistem terbukti berjaya.

Contoh francais paling berjaya ialah Mc Donald. Tahu tak, Ray Kroc, owner McDonald mati sejak 1984 lagi? Memamg betul tu. Tapi hari ni, outlet McDonald dah lebih 30,000 outlet seluruh dunia walaupun Ray Kroc dah lama mati. Keluarga Ray Kroc hari ni lebih kaya dari Ray Kroc semasa hidupnya. Dan lagi pelik, keluarganya tak perlu keluarkan setitik peluh pun untuk nikmati hasil kekayaan bisnes McDonald. Itulah dia penangan bisnes Francais. Sama lah juga apa yang bakal dirasai oleh perwaris seperti Secret Recipe dan francias lain yang mempunyai SISTEM perniagaan yang kukuh.

Bila ada SISTEM perniagaan, maksudnya sesiapa pun boleh buat bisnes tu kalau dia betul-betul follow manual perniagaan tu. Kalau nak buka restoren, mesti ada tukang masaknya. Sedap atau tak sedap masakan di restoran, sangat bergantung berapa bagus tukang masakannya.

Persoalan sekarang, restoran McDonald ada tukang masak tak? Jawapannya tak ada. Budak lepasan SPM pun boleh jadi 'tukang masak' McDonald dan rasa burgernya SAMA dengan semua outlet McDonald seluruh dunia walaupun tukang masaknya berbeza. Tapi, bila pekerja McDonald tu berhenti kerja, boleh ker dia buat burger sama dengan McDonald? Jawapanya tak boleh. Itulah dipanggil SISTEM perniagaan yang kukuh. Owner tak ada pun, bisnes boleh jalan macam biasa.

Cara #4: MLM CARA FRANCAIS

Bina bisnes MLM yang disokong oleh sistem perniagaan yang kukuh, sebagaimana francais.

MLM ni ramai orang tak suka dan fobia sebab ianya sering sinonim dengan penipuan dan ketidakjujuran. Tapi MLM yang saya maksudkan di sini ialah MLM yang dijelaskan panjang lebar dalam buku Robert T.Kiyosaki, "The Business School for People Who Like Helping People". Bukan sahaja syarikat MLM tu, tapi yang lebih penting ialah organisasi yang menyediakan support system terbukti yang bekerja sama dengan syarikat MLM tu.

Bisnes MLM ni bukan didominasi oleh leader. Leader bukan segala-galanya. Leader cuma seorang "duplicator" kepada sistem perniagaan yang dikawal rapi oleh syarikat yang menyediakan support system, sebagaimana Hamburger University menyediakan support system untuk bisnes McDonald. Bisnes MLM begini, biasanya berkembang hampir ke seluruh dunia. Kalau sahabat dengar, ada orang buat bisnes MLM merentasi sempadan negara dan benua, biasanya mereka ini disokong oleh organisasi yang menyediakan sistem perniagaan begini. Sebabnya, hampir mustahil orang yang buat bisnes di Malaysia, tapi bisnesnya berkembang ke beberapa benua di dunia. Ianya mustahil dengan MLM biasa.

MLM Cara McDonald Lebih Terjamin

Pada saya, cara #4 adalah cara paling mudah untuk orang kebanyakkan. Tapi bukan mudah untuk cari MLM yang penuhi kriteria yang Kiyosaki gariskan. Kalau pun jumpa, belum tentu kita layak untuk sertai mereka sebab mereka bukan jenis bisnes MLM yang dijalankan secara tangkap muat. Mereka ada kriteria tersendiri untuk tentukan dengan siapa yang mereka boleh bekerjasama. Bila tersalah pilih bisnes MLM, itu la ramai yang hilang duit, hilang kawan, hilang kredibiliti, hilang masa dan hilang kerja pun ada!

Katanya, bisnes MLM boleh bagi passive income, tapi kenapa orang yang dikatakan “berjaya”, “jutawan MLM”, “Diamond Director”, “International Diamond” masih berhempas pulas dengan bisnes MLM mereka? Lagi penting, katanya bisnes MLM boleh bagi “financial freedom”, tapi kenapa lagi besar bisnes mereka, lagi tak ada masa, dan lagi pening kepala? Setelah lama mengkaji dan memerhati, saya nampak inilah puncanya. Mereka berniaga MLM cara Ramly Burger, bukan cara McDonald sebagaimana disyorkan oleh Robert T.Kiyosaki.

Dan inilah juga rahsianya orang berniaga MLM yang dah mati lebih 15 tahun lalu tapi keluarganya masih warisi income yang dia usahakan masa hidupnya, bahkan income tersebut terus membesar, membesar, dan membesar. Saya bukan dengar-dengar cakap orang, tapi tengok dengan mata kepala saya sendiri.

4 Jalan Lain Bebas Kewangan

Ada lagi tak jalan lain untuk bebas kewangan? Memang ada, tapi jalan di bawah ni bukan semua orang boleh buat, iaitu: 
  1. Penulis buku - macam penulis Harry Porter
  2. Pereka cipta
  3. Penyanyi, penulis lirik, komposer - macam Michael Jackson, Alvis Presly
  4. Keluarga di raja
Mereka di atas semuanya dapat royalti – passive income. Kerja sekali, di bayar seumur hidup! Bahkan mati pun masih dibayar. Bayangkan hidup Michael Jackson dipenuhi hutang semasa hidupnya, tapi sehari lepas dia mati, anak-anaknya jadi millionnaire!

Jadi, macam mana dengan bisnes internet, insuran dan lain-lain yang katanya boleh dapat passive income?

Jawapannya senang, kalau kita mati, keluarga kita boleh terus warisi income yang kita pernah usahakan tu selama-lamanya, itulah dia PASSIVE income. Tapi kalau cuma dapat untuk beberapa ketika, itu dipanggil RESIDUAL income. Kalau tak dapat langsung, itu dipanggil ACTIVE income. Itulah neraca sebenar menilai samada pendapatan tu pasif, residual ataupun aktif.

Orang yang dapat pendapatan PASIF yang melebihi keperluan hidup mereka, itulah dia sebenar-benarnya orang yang kaya – bebas kewangan!
Wasalam.
AdzuLiza
20 RabiulAwal 1433H

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...